Sabtu, 27 Ogos 2011

Harga Sebuah Cinta

Alangkah indahnya cinta,
Berkenalan dengannya pasti membuatkan seorang insan berasa dirinya agung,
Anugerah pelengkap azali untuk sebuah kehidupan.
Dengan cinta, kita belajar mengenali perasaan, kita belajar mendidik jiwa, kita belajar menahan sabar.
Cinta juga membawa manusia kepada sebuah kemuncak keindahan.
Ketinggian taraf sebuah cinta tiada bandingan. 
Kita berkenalan dengan cinta kerana ketentuanNya.
Kita dianugerahkan cahaya kasih-sayang kerana telah ditetapkanNya.
Bermula dengan perasaan kasih, menyemai sebuah ikatan yang ukhwah, dan seterusnya menguntumkan bunga-bunga cinta.
alangkah indahnya cinta.
Tapi, kadangkala cinta membuatkan kita lalai, lupa pada hakikat sebenar makna sebuah cinta.
Kita tersungkur dipangkuan dan belaian cinta. Kita tewas dengan alunan-alunan rentak kemungkaran. Semuanya berlaku kerana kita belum punya Cinta Yang Maha Esa.
Cinta abadi bukan letaknya pada rangkuman cinta manusia, juga bukan pada hebat cinta seorang insan.
tapi nokhtahnya kita pada keihklasan sebuah ikatan yang ditengah-tengahnya terletak sebuah cinta yang paling agung.
Hormatilah cinta kerana itu adalah anugerah yang paling indah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya. Muliakan cinta yang kita miliki biar menjadi sebuah hamparan indah untuk menjadi sokongan di kala melalui jalan-jalan kehidupan.
jangan jadikan diri kita hamba kepada sebuah cinta. Jadikanlah cinta itu sahabat kepada seorang manusia yang bergelar si pencinta. Sentiasalah berdoa agar cinta yang kita miliki ini mempuyai harga yang paling tinggi nilainya di sisi Allah. Biarkan ia bercahaya di waktu kegelapan. Tapi, walau sehebat manapun cinta manusia, percayalah bahawa cinta yang lebih agung dari cinta-cinta lain adalah apabila kita kecewa kerana cinta, kita luahkan kekecewaan kita kepada si pendengar yang setia iaitu Allah. Dialah tuan empunya segala cinta. Dia juga yang mententeramkan kita dikala bersujud padNya,dia jua yang mententeramkan kita dikala ayat suciNya dialaunkan,zikirnya didendangkan...sehebat-hebat cinta pada manusia,hebat lagi cintaNya pada umat.cinta yang tulus dan murni akan berkekalan sampai ke akhir hayat dan akan menjadai sebua cinta iaitu SYURGA CINTA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan